Jumaat, 21 Mei 2010

Puding Cendul

Ni...puding cendul dalam tray,belum diterbalikkan lagi...





Salam...untuk yang mintak resipi Puding Cendul ni mama catatkan resipi nya..kalau kat Ipoh satu tray tu mama jual rm20 je.....potong 8x8 dapat 64 ketul saiz kita makan kat hotel...jom masak ngan mama..



PUDING CENDUL






LAPIS BAWAH



BAHAN:



750 mls santan



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



150 gm gula kaster



1 sudu kecil garam



1 bungkus cendul,tos kan air nya-ambik isi saja






CARA:



Masak semua bahan diatas hingga mendidih ..masukkan cendul,kacau2 sikit dan tuang kan kedalam loyang.






LAPIS ATAS



BAHAN:



750 mls santan



200 gm gula merah



2 kuning telur



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



CARA:



Pukul kuning telur sikit dengan garfu.



Masuk semua bahan dalam periuk ,masak hingga mendidih.Tapis kan dan boleh lah dituang perlahan2 keatas lapis bawah tadi.seeloknya,lapis bawah dah keras sikit.sejukkan ,dan bolehlah dimasukkan dalam peti sejuk.


Loyang yang digunakan ialah 10x10x1 inci.(Untuk jualan-senang nak potong)Kalau untuk dimakan sendiri loyang saiz pe pun boleh.
Selamat mencuba...

Jumaat, 30 April 2010

BINGKA UBI KAYU

Kalau balik kampung,banyak la bekalan dibagi sedara mara..macam kamoung saya kat utara tu selalu la dapat buah mempelam,pucuk ubi,belacan ,ikan jering dan ubi kayu jugak...selalu ubi kayu direbus je,makan ngan kelapa parut dan kopi panas...kena pulak hari ujan...peh..sedap nya...tapi kalau ubi kayu banyak dan rajin pulak parut la ubi tu buat bingka atau orang utara kata bengkang....
Sekarang ni saya parut ubi kayu pakai mesin pemarut kelapa..senang dan kejap je dah siap..ubi tu jangan dipotong,biar panjang2..cuma kupas kulit dan bersihkan...pegang kat ujung ubi tu dan ujung satu lagi kat pemarut kelapa...ha...cepat je siap...he....apa lagi makan bingka la ubi la kita...

Jom masak ngan mama...

BINGKA UBI KAYU

BAHAN:
1,800 gm ubi kayu yang sudah diparut-ubi warna kuning lebeh sedap
900ml santan dari sebiji kelapa
450gm gula pasir
50 gm susu tepung
80gm marjerin
1 sudu makan garam
sedikit pewarna kuning

CARA:
Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali,kacau lah hingga pekat sikit dengan api sederhana.Tuang dalam tray atau loyang yang disapu minyak dan dilapik daun pisang.
Bakar selama 50-60 minit atau hingga kekuningan.
Loyang 10x10x3
Ubi dah diparut letak dalam penapis,dan biar air nya keluar sedikit..boleh tekan2 dengan senduk.
Nanti masukkan gambo.

Rabu, 28 April 2010

KERABU MANGGA MAMA


Salam ...hari ni ada kawan dari Melaka mintak resipi kerabu mempelam atau mangga...
terliur tengok gambo kerabu mangga kat Perlis ....Kerabu mangga ni ada pelbagai....ada yang carik2 sotong kering bergula dan digaul bersama...ada yang masukkan kicap sotong atau kicap ikan sedikit...kalau yang simple tu boleh la diletakkan kat sini...cuba lah....jommasak ngan mama...

KERABU MANGGA MAMA

BAHAN:

2 bij iMangga muda atau yang hampir masak tapi maseh keras dicincang halus atau yang ada pemarut nya boleh lah digunakan.

Sedikit udang kering ,dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak-tumbuk kasar

sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak-ditumbuk kasar

sedikit cili api -ditumbuk kasar

1/2 biji limau nipis ambil air nya

1 bawang besar dipotong nipis.

gula -ikut rasa

garam-ikut rasa

2 batang serai -dihiris nipis (jika suka)

1 sudu kicap sotong-(jika suka)

CARA:
Gaul semua bahan diatas,boleh lah dihidangkan.
*Semua jenis mangga boleh digunakan.

Sabtu, 24 April 2010

KUE KOSUI

KUE kOSUI MAMA

Lama nya tak update blog...
Bz selalu..dengan keja ,kursus dan lain2....
tak pe,kali ni kita buat kue yang nampak macam senang je tapi kalau sukatan bahan tak betul,kue ni jadi keras dan tak sedap...
jommasak ngan mama ..kue kosui...

KUE KOSUI

BAHAN:


400 gm Gula merah
100gm Gula putih
300ml Air paip

Bahan diatas dimasak hingga gula hancur dan mendidih..tapiskan dan campur dengan air hingga jadi 1,800 ml.
300Tepung gandum
100 Tepung ubi
Sedikir air kapur (MASUKKAN SEDIKIT AIR DALAM BEKAS KAPUR SIREH,KACAU2 DAN BILA AIR TU DAH JERNIH BARU GUNAKAN)

Campur semua bahan diatas dan dikacau rata.Sementara tu panaskan kukusan.
(saya suka blender semua bahan diatas ,tapis)
Selepas ditapis kedalam kuali atau periuk ,kacau la atas api hingga pekat sedikit dan tuang dalam tray atau loyang..kukus la 30 minit,angkat dan sejukkan baru dipotong dan digaul dengan kelapa yang di campur garam sedikit.
Loyang yang sesuai ialah 10x10x3

Selasa, 30 Mac 2010

KEK CAWAN STRAWBERI

Kek cawan strawberi mama...wangi sampai setaman...he..he...
Salam...ni mama bagi resipi yang dimintak oleh kawan2 kat pejabat...yang nak mencuba silakan...kek ni sesuai untuk jamuan dan minum petang jugak...wangi bau strawberi buat sesiapa je teringin nak cepat2 makan kek ni..ha...ha...jomasak ngan mama...




KEK CAWAN STRAWBERI


BAHAN:

3 CAWAN TEPUNG KEK/NAIK SENDIRI


1 1/2 CAWAN GULA HALUS


1/4 CAWAN MINYAK MASAK


3 BIJI TELUR


1 CAWAN AIR PAIP


1 SUDU KECIL PES STRAWBERI


STRAWBERI KERING DICINCANG HALUS-KALAU ADA
SEDIKIT PEWARNA MERAH STRAWBERI




CARA:


CAMPUR SEMUA BAHAN,PUKUL DENGAN MIXER 2 MINIT,KALAU DENGAN TANGAN 3 MINIT.

TUANG 3/4 PENUH DALAM CAWAN KEK YANG DILETAK DALAM TIN MUFFIN.


BAKAR 20 MINIT. SUHU 180 C.KALAU ADUNAN KEK TERLALU CAIR,TAMBAH TEPUNG SIKIT SEBAB KADANG2 ADUNAN BERGANTUNG JUGAK PADA USIA TEPUNG.....

Sabtu, 27 Mac 2010

Kek prune krim kraker

Dah betul2 sejuk baru potong...ni tak sabo nak ngap...main potong je panas2 pun...
Keluarkan dari acuan...

Ni baru angkat dari kukusan...biar betul2 sejuk baru potong...
Lama tak tulis pe2 resipi...sebenarnya lama tak masak pe2 kue...malas sangat sejak keja yang selalu keluar merata2 ni...leteh jugak..
hari ni sabtu tak kemana ,jom la masak nagan mama...resipi simple je..tapi kek ni sedap sebab guna biskut krim kraker dan dikukus...
KEK PRUNE KRIM KRAKERS
BAHAN:
200 gm butter
1 cawan gula
5 biji telur besar
1/2 cawan susu cair atau susu segar pun boleh
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
400gm biskut krim kraker/biskut tawar 4 segi dihancurkan ...jadikan tepung
prune dipotong nipis2.
Pewarna.
CARA:
Pukul butter dengan gula
masukan telur dan esen vanila
pukul lagi dan masukkan susu
akhir sekali masukan tepung biskut,kacau rata dan bahagikan 3 bahagian.
warnakan ikut suka masing2.
seeloknya 3 warna.setiap warna kukus 10 minit dan taburkan prune yang dipotong tadi.
Gunakan acuan 4 segi yang kecil.
Acuan disapu butter dulu sebelum mula mengukus.
Ada 6 lapis semua nya,kalau malas nak melapis,buat 3 lapis pun dah ok.
Selamat mencuba...





Rabu, 17 Februari 2010

Kue lapis nyonya

Ni dia lapis nyonya..kat tengah tu bingka ubi kayu..
Hui yo..bersawang dah....lama nya tak post...

Banyak nya hal...tak habis2 kenduri kawen...

k...hari ni kita masak kue rumah flat ya...atau kue lapis nyonya...macam susah je, tapi kalau ikut resipi ni betul2 InsyaAllah akan jadi..jom masak ngan mama....



KUE LAPIS NYONYA...


Bahan:

325 gm gula putih

1450 mls santan dari sebiji kelapa

1 sudu kecil garam


Masak bahan ni sampai mendidih ,biar suam2 kuku baru campurkan:

150 gm tepung gandum

150 gm tepung beras

150gm tepung ubi


kacau rata dan tapis kan.Bahagi 2.(Satu bahagian mesti ada 1000mls,kalau tak cukup,campurkan air paip)

Satu bahagian campur pewarna merah jambu,satu lagi warna asal..iaitu putih.


Panaskan kukusan.Gunakan tray 10x10x1 inci....sapu minyak dan lapik palstik.

Mulakan melapis dengan warna putih dulu..setiap lapisan 250 mls,kukus lebeh kurang 2..3..minitsetiap lapisan.

Akhir sekali lapisan merah tapi masukkan pewarna merah lebeh sikit.selepas dituang lapis akhir kukus 20 minit lagi baru lah boleh diangkat.

Sejukkan betul2 baru dipotong.Semua ada 8 lapis..4merah dan 4 putih.