Isnin, 25 Januari 2010

Roti Jala

2...3...hari tak sempat nak taipkan resipi ..em..m...ahad buat kek gula hangus
Petang pulak buat serimuka...tapi sebab nak tunaikan hajat seorang kawan dari Sungai Siput Perak,ini mama bagi resipi roti jala paling simple..boleh la dimakan masa minum pagi atau minum petang...Jom masak ngan mama...

ROTI JALA


BAHAN:
1. 300 gm tepung gandum
2. 500ml air paip
3. 1biji telur
4. 1 sudu kecil garam
5. 1 sudu kecil minyak sapi-jika suka
6. 1 sudu tepung kastad-jika suka
7. Pewarna kuning


CARA:
Campur semua bahan diatas dan dikacau rata,tapis dan boleh la mula menjala.
Seelok nya semua bahan diblender dan ditapis.
Gunakan kuali leper yang tak melekat dan gunakan acaun roti jala plastik atau apa je....roti jala ni boleh la dilipat atau digulung.
Sedap dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam.
Orang Perak suka makan dengan kuah durian...

Jumaat, 22 Januari 2010

Talam Ubi kayu

Talam Ubi kayu...lemak2 manis...em..m..sedap nya
Terima kasih kat kawan2 yang dah cuba resipi saya ...
dan yang hantar mesej tu InsyaAllah saya akan cuba masukkan resipi yang diminta.
Hari Jumaat ni apa kata kita cuba masak masakan yang kita rasa was2 nak masak, takut tak jadi...tapi cuba dulu... ..jommasak ngan mama....
TALAM UBI
BAHAN BAWAH:
650 gm ubi kayu, yang kuning lebeh sedap (parut baru timbang)
260 gm gula kaster - gula biasa pun boleh
400 ml santan - sederhana pekat
1. Campur rata semua bahan.
2. Kacau atas api sederhana hingga pekat,tuang dalam loyang dan kukus 20 minit ,tuang kepala nya pulak
BAHAN KEPALA:
80 gm tepung beras
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil garam
950 mls santan sederhana pekat
CARA:
1. Campur semua bahan diatas,tapis dan kacau atas api sederhana hingga pekat sikit dan boleh la dituang atas bahagian bawah tadi.
2. kukus 20 minit.
Betul2 sejuk baru boleh dipotong.
Gunakan loyang 10x10x1 inci
Gunakan santan dari sebiji kelapa untuk talam ubi ini.
Jangan takut cuba masak Kue Talam Ubi ni...ikut je bahan dan cara nya..InsyaALLAH..tak mengecewakan..

Rabu, 20 Januari 2010

Spagetti Tuna/Sardin

Spagetti tuna/sardin...ringkas mengenyangkan...
Salam Rabu...kejap je masa berganti masa,pejam celik dah hari Rabu..Khamis..Jumaat dan seminggu dah berlalu..terlalu cepat masa bertukar masa....

Penat balik keja,kadang2 malas sangat nak kedapo kan...petang ni apa kata kita masak spagetti je..ringkas dan mengenyangkan...sesekali bagus jugak bertukar selera..jommasak ngan mama..


SPAGETTI TUNA/SARDIN



BAHAN:

1. 1/2 peket spagetti-rebus hingga betul2 lembut, masukkan 1 sudu minyak,dah lembut, toskan.


2. 1 labu bawang besar-cincang halus

3. 3 ulas bawang putih-cincang halus

4. 1 sudu lada hitam dan beberapa biji cili api tumbuk halus

5. beberapa biji cendawan butang dalam tin dihiris

6. 1 biji cili cameron highland hijau -dipotong dadu kecil2

7. garam

8. sedikit minyak

9. 1 tin isi ikan tuna atau isi ikan sardin dihancurkan


CARA:


1. Panaskan minyak-tumis bahan yang telah dicincang hingga naik bau

2. Masukkan cendawan butang

3. Masukan isi ikan tuna/sardin, kacau2 sekejap

4. Akhir sekali masukkan garam,lada hitam,cili api dan cili cameron highland,kacau sekejap dan boleh lah digaulkan dengan spagetti.

Jika suka pedas,tambah lah cili api.,



Isnin, 18 Januari 2010

Ayam goreng kicap berempah

Ayam goreng kicap berempah


Hai....em..mm..ada ayam tapi tak tau kan nak masak pe...ayam masak merah dah jemu sangat ,maklum la musim kenduri kawin..kari ayam..pun dah jemu..


Goreng ayam pun dah selalu sangat...k..apa kata cuba resipi mama yang paling simple ni..ada kelainan sikit la,anak2 pun mesti suka..jommasak ngan mama..


Kita goreng ayam yang diperap ngan rempah kari daging dan kicap manis...rasa la kelainan nya..


AYAM GORENG KICAP BEREMPAH


BAHAN:


1. 5-6 ketul ayam-bersihkan


2. 2 sudu rempah kari daging-cap pe pun boleh,mama guna BABAS


3. 3 sudu kicap manis-mama guna cap kipas udang (merah)


4. sedikit garam-jangan banyak ya......


CARA:


1. Gaul semua bahap diatas bersama ayam

2. Perap la 30 minit macam tu

3. Goreng dengan api sederhana...

4. Dah boleh makan...


Sabtu, 16 Januari 2010

Lemak cili api daging salai

Sabtu dan Ahad, kalau tak kemana selalu nya mama akan masak untuk makan bersama suami dan anak2 kalau ada yang balik...atau kadang2 anak yang diIpoh datang kalau tak bertugas...tengahari ni mama masak lemak cili api...biasa la masak ni sebab suami mama orang negeri 9....kalau yang nak cuba, jommasak ngan mama.........

LEMAK CILI API DAGING SALAI DGN BELIMBING BULUH

BAHAN
1. Daging salai dihiris nipis2...senang nak makan...

2. Beberapa biji belimbing buluh

3. 2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa-ini ikut selera masing2 ya..yang suka lebeh santan pun bolehlah tambah ikut selera masing2.

4. 20-30 biji cili api ..dapat cili api kampong pun bagus,kalau nak lebeh pedas tambah lah cili api tu
5. sedikit kunyit hidup...agak2 la,sebesar ibu jari ke...

6. garam


CARA

1. Tumbuk cili api dengan kunyit

2. Masak la semua bahan dengan api sederhana.Kacau2 hingga mendidih..
masukan garam

3.Akhir sekali masukkan belimbing.

Senang dan ringkas je kan...belimbing boleh diganti dengan pucuk gelugur atau lain2 yang disukai.Daging salai juga boleh diganti dengan ikan salai...ikan keli ke...


Lemak cili api daging salai dengan belimbing...lagi podeh,lagi sodap
Belimbing buluh..ada 2 jenis ,hijau dan kuning

Hiris nipis2 daging salai /bakar.....ni sebenar nya dah boleh makan cicah air asam...sedapnya..
Orang dulu memang pandai,sebab dulu tak ada peti sejuk,kalau daging banyak,diaorang akan salai atau bakar daging tu dan boleh disimpan beberapa hari...begitu jugak buah durian yang banyak,macamana nak makan?..jual pun tak laku kalau dah banyak.Jadi altenatif nya diaorang buat tempoyak,tahan berbulan2....

Jumaat, 15 Januari 2010

Roti Boom mama...

Mama sebenarnya dah tersilap tempek gamba dulu baru taip resipi...tak pe la,hari pertama tulis blog resipi ni walau pun dah ada blog satu lagi yang dah lama ditulis...blog www.hasnahyusof.blogspot.com tu untuk catatan harian mama....

Mula2 gaul tepung dengan garam dulu....
Bila yis dah naik atau berbuih boleh la dituang kedalam tepung

Gaul dan uli adunan sampai tak melekat dijari

Bahagikan adunan ke ketulan kecil....besar telo ayam ok la....
Canai jangan nipis atau tebal sangat....

Roti boom dah mula naik masa menggoreng Salam kenal....
Baru bebas melayari internet setelah dapat laptop sendiri..hadiah dari suami yang dikasihi..terima kasih daun keladi.....kalau tak ,kena kongsi ngan anak2...
Mula mula pandai melayari internet mesti lah bukak http://www.myresipi...hari2 bukak...seronok macam2 resipi...ada resipi tu mama dah ada dalam simpanan,kalau resipi baru mama akan cuba.
Bila dah seronok layari myresipi terasa pulak nak berkongsi resipi yang mama ada...
harap ada yang sudi nak kongsi dan cuba resipi mama...kebanyakan kue mama ditempah oleh kawan2 , dan mama pun mula2 dulu belajar jugak dari kakak mama yang merupakan seorang guru memasak diShah Alam...



Selain dari tu mama banyak beli buku masakan untuk dapatkan idea,kalau ada resipi yang mama rasa ok bahan2 dia mama akan cuba dan tokok tambah pe2 yg patut..
Mula la selongkar almari cari fail2 dan buku resipi mama ..oh..dalam tak sedar banyak jugak buku resipi yang mama ada ..tak pe kita masak satu satu dulu..yang simple2 ya..dah pandai nanti kita masak yang susah2 sikit...dah pandai boleh ambik tempahan dari kawan2..
Mula2 tu cuba buat dan bagi jiran2 , kawan dan sedara mara makan dulu..kalau sedap lepas tu mesti ada yang bertanya dan order...kan dah boleh cari duit poket...
K, sebelum jomasak ngan mama kita kenal2 dulu ya...mama Orang Perak..suka sangat masak..nak kata pandai sangat tak juga tapi boleh lah...mama adalah seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak,masih keja lagi...tapi mama jugak salah seorang pengajar masakan diRadio PERAK fm... Pendengar radio PERAK fm ramai la yang dah jadi kawan mama,kenal dalam radio...mama menetap diBandaraya Ipoh...he..he..Ipoh mali la...


Rumah mama kat Jalan Lapangan Terbang, senang je nak cari kalau ada yang nak singgah dan makan2 pe yang ada...


InsyaALLAH,kalau singgah ,ada la rezeki,boleh la makan...atau boleh la kita sama2 masak jap..
Hari ni nak masak pe ya...k..jomasak ngan mama sarapan pagi atau sedap jugak untuk minum petang..ha..a..kita masak roti boom ya..cicah ngan sambal sardin...jom...


ROTI BOOM CICAH SAMBAL SARDIN


BAHAN:


300 gm tepung gandum


1 sudu kecil garam

1 gelas air suam

2 sudu makan gula

1/2 peket yis kering /yis segera

2 sudu santan-jika suka

minyak untuk menggoreng


CARA:


1.Gaul garam dengan tepung dalam besen
2.Bancuh gula dalam air suam, masukkan yis, biar yis naik-berbuih

3.Tuang air yis tadi dalam tepung sikit2 (jangan tuang habis, sikit2 sambil digaul dan

diuli) dan gaul rata...masukkan santan jugak.

Gaul2 dan uli la hingga jadi doh dan tak melekat ditangan.
biar adunan tu sekejap-dalam 5 minit(doh jangan lembek sangat,kalau lembek tambah tepung,air yis jugak jangan masukkan habis jika tak perlu)

4. Bahagikan doh kepada bebola kecil sebesar telo ayam......

5. Letak atas papan pencanai , tekan dengan tapak tangan sikit dan boleh lah dicanai ...

canai jangan la nipis sangat dan jangan la tebal sangat...agak2 ya..
kalau melekat,tabur2 la tepung sikit.


Panaskan minyak,boleh la digoreng sambil disiram2 atas nya dengan minyak gorengan tu...roti boom ni akan naik menggelembung macam puri yang selalu dimakan oleh orang India tu...orang melayu pun suka jugak kan...ada kat kedai mamak..

Roti boom ni sedap dimakan panas2...cicah ngan sambal sardin ke,sambal bilis atau kari ayam...



SAMBAL SARDIN MAMA


BAHAN:


1. I tin sardin cap ayam, tin sedang(cap pe pun boleh..he..he...)


2. 1 bawang besar,2 ulas bawang putih dimayang


3. 2 sudu cili kering blender


4. 2 sudu air asam jawa


5. cili merah di potong2-jika suka


6. sedikit minyak


CARA:


1. Panaskan minyak, tumis bawang, kacau2 hingga layu


2. Masukkan cili blender, kacau2 ...
3. Masukkan sardin,hancur2 kan sardin dengan sudip.

4. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan cili potong,jangan lupa garam sikit...


Kalau suka kuah banyak,masak kejap je,kalau suka kering masak lama sikit..tapi api sedang je ya...


Selamat mencuba,yang mencuba bagi tau la ya...