Selasa, 29 Oktober 2013

Jus rosel dan sambal ikan bilis terung pipit.

 Jus rossele  atau rosel   lazat dan berkhasiat..emm..m....nampak pekat sebab hampas rosel yang dah ditapis, diblender dan dicampur  semula dengan jus yang dah ditapis.....
Sambal ikan bilis ngan terung pipit..pun lazat dan berkhasiat....masak sikit je sebab 2 orang makan...mama
ngan babah..he..he..



Salam ya .....yang mintak resipi sambal tumis ikan bilis...yaALLAH..macam segan nak bagi sebab resipi biasa2 je...tapi takpe la,untuk rujukan anak dan menantu jugak yang suka sangat2 sambal tumis mama ni dicatakan la resipi mama ni ya....
Ini lauk wajib rumah kami..anak2 menantu suka,kalau balik keKL ini la lauk yang dibekalkan..kadang2 campur kentang..terung pipit...atau petai...ada masa tu bubuh tempoyak je...sedap hingga menjilat jari!!

samabl tumis ni kalau tak cukup cili nya memang tak sedap dan nampak pucat je..kalau merah dan berseri je memang la menyelerakan...sambal tumis ikan bilis ni untuk nasi lemak la yang paling sesuai....makan ngan nasi panas atau dibuat bekal kalau berjalan jauh...
Jom masak ngan mama...

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MAMA

BAHAN:
Cili kering blender - cili kering digunting atau dipotong ,masok dalam periuk dan rebus atas api hingga mendidih,basoh dan toskan.Diblender dengan sedikit air.Simpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.Nak masak apa2 boleh la diceduk...cili blender ni tahan sebab dah rebus sebelum blender....Selalu mama beli seringgit cili tu,blender semua...boleh la dimasak banyak kali....


Ikan bilis yang dah dibersihkan - 1cawan  (buang tulang dan isi perut serta dibelah)

5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar dengan sedikit ikan bilis.Boleh masukkan sedikit belacan jika suka.Tumbuk belacan sekali dengan bawang dan ikan bilis tu.

1 cawan cili blender
30 biji terung pipit atau petai
3 sudu air asam jawa-boleh gantikan dengan tomato sos / tomato puree jika suka.
I bawang besar dipotong bulat.
Minyak untuk menumis
garam -ikut rasa masing2
gula/gula merah-ikut rasa masing2
1 keping asam keping-jika suka (untuk bagi sambal tumis tahan lama)

CARA:
Panaskan minyak-goreng ikan bilis hingga separuh garing.Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama,tumis bawang ,ikan bilis dan belacan yang ditumbuk tadi
Bila naik bau ,masukkan cili blender-api sederhana ya dan kacau la hingga mendidih.....
Masukkan ikan bilis dan terung pipit atau petai...kacau2  lagi
Masukan air asam jawa...sesuaikan la rasa nya dengan memasukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukan bawang besar yang dah ipotong,kacau sekejap dah boleh diangkat...

Nota;
Untuk dapatkan sambal tumis yang merah dan cantik,mesti gunakan cili blender yang agak banyak.
Ikan bilis ditumbuk sedikit dengan bawang untuk dapatkan sambal tumis yang agak pekat dan terasa ke ikan bilisan nya   (wah..!....bahasa!!)
Selamat merujuk resipi ni dan selamat memasak....sukatan boleh dilebeh atau kurangkan ikut masing2.

RESIPI JUS ROSEL:

BAHAN:

Beberapa buah rosel -dibuang biji tengah nya.dibersihkan
Rebus  dengan air sehingga mendidih dan masukkan gula.-sukatan gula ikut tahap kemanisan yang disukai
Bila semua gula hancur,tapiskan.
Jika suka jus ni pekat,blender hampas yang ditapis tadi dan masukkan dalam jus,
Sedap diminum sejuk dan dibubuh ketulan- ais batu.

Ahad, 27 Oktober 2013

Sambal hitam belimbing buluh

 Tu dia sambal hitam belimbing buluh...sedap ya amat...ni untuk dibawak bekal kepejabat....(abaikan le gambo kelabu ni...kamera cap ayam je)
Tengok gambo kat atas ni memang tak tau apa benda yang dalam piring tu kan..hitam je....sebeno nya walau pun mama ni orang Perak tapi suka jugak le nak mencuba masakan dari negeri lain..salah satu masakan tradisi yang sedap dan memikat selera mama ialah sambal hitam orang Pahang...

Dulu dengo je nama masakan ni ,...tak pernah tengok dan rasa...tahun lepas adalah suami kePahang dan beli sambal ni dari Kuala Lipis..tapi tak berapa sedap...kering sangat dan tak rasa kemasaman belimbing...

Hingga la baru2 ni kerumah kakak diKayangan Height,yang mana pokok blimbing buluh nya lebat berbuah....kebetulan ada sedara abang ipo saya dari Pahang datang bertandang dan saya tanya le macamana nak buat sambal hitam orang Pahang...diaorang bagitau le macamana ..dalam ingat2 lupa balik rumah ,apa lagi cuba la buat..dan memang sedap serta  menjadi kegemaran anak2...kalau masak sambal ni mesti la makan ngan nasi panas..tak perlu lauk lain sebab sambal ni kombinasi rasa pedas..masam..manis dan masin..sedap sangat....

Kalau ada banyak belimbing buluh kat rumah boleh la cuba masak sambal ni..kadang2 tengok banyak buah belimbing ni gugur dan busuk macam tu je bawah pokok...jom masak ngan mama..

BAHAN:

Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga  hampir kering dan bewarna hitam....gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak bersihkan.(Kakak saya guna vision...senang le nak basuh dan bersihkan nya) Kalau orang tua2 diPahang diaorang gunakan tin milo ke,,tin susu ke,,...untuk rebus belimbing ni..lepas guna tin tu terus buang...Memang ambik masa rebus belimbing ni ya..sebab guna api kecil..mungkin sejam lebeh ikut banyak mana belimbing tu..Belimbing yang dah kecut dan hampir kering serta bewarna hitam ni boleh la disimpan dalam bekas dan disimpan dalam peti ais...selalu nya tahan lama .Nak masak ceduk la ikut banyak mana kita hendak.

Ikan bilis -lebeh kurang secawan.Dibersihkan
Bawang besar-dua biji dimayang
Cili api kampung-lebeh kurang 30 biji
Belimbing buluh yang telah direbus -3 sudu
Minyak-4 sudu
Garam-ikut rasa
Gula-ikut rasa

CARA:
Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar.
Panaskan minyak
Masukan bahan tumbuk.Kacau hingga separuh masak
Masukan belimbing,kacau rata hingga masak.
Masukan garam dan gula
Sesuaikan rasa.

Belimbing tu jangan le direbus samapi kering macam serunding pulak ..biar le maseh lembab2 sikit baru la rasa kebelimbingan nya..ha..ha..ha...Semua bahan boleh lah dikurang atau dilebeh kan ikut rasa masing2.resipi ni resipi saya sendiri yang simple....resipi orang Pahang mungkin ada perbezaan...

Ahad, 20 Oktober 2013

Kek Keramel

Hujan sepanjang hari diPerak...dan didaerah Manjung banjir  setelah hujan turun 2 hari...
Kalau hujan perut pun lapo ..mintak diisi...masuk dapo tengok apa yang ada...teringat Ailia nak belajo buat kek keramel...tapi tak sampai2 pun...
Hujan2 ni apa lagi,mengeruh   (  TIDO  )  le kata orang Perak....jadi kita buat la dulu...tak payah nunggu dema...

Em..m...ini kali ke5 buat kek keramel...kek cantik ni memang sedap...lembut je....buat gunakan resipi Azlita Masam Manis...terima kasih ya Ita sebab kongsikan reipi ni.....

Kalau ada yang nak cuba buat kek ni boleh le tengok kat blog www.fromintan kitchen.blogspot .com.Ada ditunjukan step by step....ada gambo2 lagi....maaf ya....tak dapat taip resipi kat sini sebab mata ya amat mengantuk....

Tips dari mama kalau nak masak kek ni :

1. Baca cara2 buat kek ni hingga faham...
2 .Siapkan semua bahan atas meja...mengikut langkah2 yang diterangkan
3. Timbang semua bahan siap2
4. Asingkan putih dan kuning telo siap2
5. Sediakan bekas untuk adunan yang akan dibahagikan nanti
6. Jerang air panas siap2-untuk bakar kek nanti iaitu gunakan kaedah steambath,udah ok semua boleh le mula masak.....jom masak ngan mama...




 Bakar gunakan kaedah steambath....
 Dah terlebeh tembam pulak sampei merekah....kek dah masak
Tak sabo...panas2 dah terbalikkan...tak cantik sangat....
Potong pun waktu maseh panas..ada  yang tak sabo nak rasa...
Jemput le makan......

Sabtu, 19 Oktober 2013

Siput sedut masak lemak cili api.

Sampai berebut dema makan siput sedut ni ya...kesian budak bedua ni..suka sangat ngan siput sedut....takpe nanti beli lagi dan masak lagi....jom masak ngan mama siput sedut lemak cili api

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
BAHAN:

300gm siput sedut            - cuci bersih2 dan potong hujung nya

3 cawan santan kelapa      - kurangkan jika suka pekat

200gm rebung                   - atau apa2  bahan yang  sesuai ingin dicampur bersama(orang utara suka campor ngan keladi)

20 biji cili api                     -lebehkan jika suka pedas

kunyit hidup sebesar ibu jari
garam
asam keping                        - 2 keping

CARA:

Tumbuk cili api dengan kunyit hidup.
Masukan dalam periuk
Masukan santan
Kacau atas api sedang hingga mendidih
Masukan siput dan rebung.
Kacau lagi hingga mendidih sekali lagi.Jangan lupa masukan garam dan asam keping.

Masak lemak cili api Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang.Kalau masak ayam atau daging cuma tambahkan serai.


Comot momot guali siput sedut ni dikejakan oleh Ailia dan Jejai...

Rabu, 9 Oktober 2013

Jom buat mee kuning..

Hari yang boring....banyak masa dirumah..mc 3 hari..kaki terpele'ot..ni dah elok sikit..dah boleh jalan...
nak masak pe?..hari pulak hujan ,periuk pun mula bagi signal..lapo la tu...eh..apa kata kita buat mee kuning sendiri??
Mee kuning yang dibeli dipasar tu semua cina buat tau...pandai..buat cap keris la..cap mesjid la...cap rumah kampong la....nak tarik orang melayu beli..(macam pau Ahmad tu la...)tapi tahap kebersihan buat tu macamana??apa campuran nya??pengawet nya banyak mana dibubuh?

Dan simpan tepung kat kilang mee tu macam mana?ntah2 terdedah je..dan cik Ti...main2 kat situ malam2..dah leteh main kencing pulak...tak mau ingat la benda2 tu..semuga ALLAH lindungi kita semua...
OK..JOM MASAK NGAN MAMA...

MEE KUNING ( DAPAT SEKILO LEBEH )

BAHAN:

500 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELOR
1 SUDU SERBUK KUNYIT
220 ML AIR PAIP--KALAU TAKDE JUG PENYUKAT,SUKAT JE AIR DALAM BOTOL MINERAL KECIK TU.....AGAK2 YA,BOTOL MINERAL TU KALAU TAK SALAH 500ML...JADI,AGAK2 LE 220 ML BANYAK MANA...

CARA:
ULI SEMUA BAHAN SAMPAI TAK MELEKAT DAN JADI DOH.
GELEK GUNAKAN MESIN PEMBUAT MEE.
MASAK AIR PANAS DENGAN SEDIKIT GARAM DAN MINYAK.
MASUKAN MEE HINGGA TIMBUL..URAI2KAN MEE.DALAM 2 MINIT..ANGKAT ,
TAPISKAN DAN LALUKAN AIR PAIP ATAS MEE TADI.TAPIS.
GAULKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK
 BOLEH LAH DIGUNAKAN.
BOLEH SIMPAN 3 HARI MEE NI DALAM PETI AIS.
KALAU NAK TENGOK CARA BUAT LEBEH DETAIL,SILA LAH BUKAK BLOG MAMASYA YA....CARI CARA BUAT MEE KUNING HOME MADE..DISITU ADA DITUNJUK STEP BY STEP....
 Mee kuning mama sedang berposing disebelah mesin pembuat mee...comot je mesin tu..lepas diguna...
 Guna 500 gm tepong dapat mee sekilo lebeh.....
Mee goreng basah ..siap untuk dimakan...nalla..rekek....mee ni masa goreng jangan masuk air ya,cukup sos dan bumbu2 je...

Isnin, 17 September 2012

Ikan kukus simple

 Yang manis nya ikan ni hasil tangkapan sendiri...menjala diTeluk Senangin...


Lama sungguh tak catat
apa2 menu dan resipi diblog ni...walau pun selalu la masuk studio dan memasak..tapi kemalasan nak ambik gambo dan nak upload gambo mengatasi segala nya.......cuti hari Malaysia memasak ikan kukus paling simple..bila2 pun boleh buat.......

Bahan ikan kukus simple:

1 eko ikan..ikan yang sesuai untuk dikukus la....
bawang besar,
bawang putih
halia..semua bahan ni dihiris
daun ketumbar

sos ikan
garam
kicap cair-jika suka
Cara:
bersihkan ikan
lumur garam dan sumbat2kan dan tabur bahan hiris tadi..dan renjis2kan kicap cair dan sos ikan.kukus la 15-20 minit atau hingga ikan masak.

Rabu, 9 Mei 2012

Mee rebus udang kering...

 
Lama tak masak mee rebus.....dulu masa keja di Batu Gajah..selalu la berjualan ngan kawan2 mee rebus ni....kalau ada ubi keledek boleh la dibuat kuah atau ada jugak yang gunakan ubi kentang...kalau nak makan mee rebus ni perah sikit limau..tabur bawang goreng banyak2..mak ai..i..sedap nya...jom masak ngan mama....Bahan untuk mee biasa la ..mesti ada mee kuning...dicelur air panas...tauge,telur rebus,kentang direbus...kalau rajin boleh buat cucur tepung...cili merah,daun sup dan bawang goreng serta limau kasturi...bahan untuk kuah pulak:  BEBERAPA KETUL UBI KELEDEK DIPOTONG KECIL DAN DIREBUS,BLENDER DENGAN AIR.
SETENGAH CAWAN UDANG KERING GORENG TANPA MINYAK BLENDER HALUS.BLENDER PULAK 2 BAWANG BESAR DAN 2 ULAS BAWANG PUTIH... 1SENDUK CILI KERING BLENDER.
  CARA: PANASKAN SEDIKIT MINYAK,TUMIS BAWANG BLANDER TADI,KACAU2 HINGGA WANGI,MASUK KAN CILI BLENDER,KACAU DAN MASUKKAN CILI KERING BLENDER..AKHIR SEKALI MASUKKAN UBI KLEDEK YANG SUDAH DIBLENDER TADI...MASAK LA HINGGA MENDIDIH..KEPEKATAN KUAH IKUT LA MASING2 SELERA...TAMBAH GARAM DAN SEDIKIT GULA....IKUT CITARASA MASING2...MEE REBUS NI ADALAH RESIPI  SAYA DAN TERNTU LA BERBEZA DENGAN RESIPI ORANG LAIN YANG ADA BUBUH KACANG...BUBUH BISKUT MARIE DAN LAIN2...... 
Posted by Picasa