Isnin, 31 Mei 2010

Jus Kedondong

Jus Amra atau kedondong....
Hari panas...tekak pun rasa dahaga...rasa tak puas minum air banyak mana pun kan..


ok,panas2 ni apa kata kita minum air yamg lain sikit....pernah dengar buah amra atau kedondong?ha...a...selalu kalau sebut buah amra ni orang kait kan dengan ibu2 yang mengandung,iala,buah masam ni jadi idaman bakal2 ibu...


Tapi sekarang dah banyak orang atau restoran menjual jus amra, boleh tahan mahal nya..kat Jakarta air amra ni memang banyak dijual...sedap sangat kalau panas2 ni kita minum...


jom masak ngan mama..kita buat air amra...




JUS AMRA/KEDONDONG




BAHAN:


1.Beberapa biji amra-4..5..biji


2. air masak ikut banyak mana hendak-2..3...gelas


3.Gula ikut manis


4.kiub air batu


5 Asam boi-2 biji




CARA:


Bersihkan buah amra,kalau yang dah tua buang la biji...


Blender semua bahan kecuali ais kiub dan asam boi...


Campur dan hidangkan..kalau suka boleh blend sekali ais kiub...


Kalau takde buah amra,boleh gantikan dengan epal hijau atau jambu batu...sedap.....


Resipi kat atas tu untuk dua orang...tambah la bahan ,kalau ramai yang nak minum...

Jumaat, 21 Mei 2010

Puding Cendul

Ni...puding cendul dalam tray,belum diterbalikkan lagi...





Salam...untuk yang mintak resipi Puding Cendul ni mama catatkan resipi nya..kalau kat Ipoh satu tray tu mama jual rm20 je.....potong 8x8 dapat 64 ketul saiz kita makan kat hotel...jom masak ngan mama..



PUDING CENDUL






LAPIS BAWAH



BAHAN:



750 mls santan



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



150 gm gula kaster



1 sudu kecil garam



1 bungkus cendul,tos kan air nya-ambik isi saja






CARA:



Masak semua bahan diatas hingga mendidih ..masukkan cendul,kacau2 sikit dan tuang kan kedalam loyang.






LAPIS ATAS



BAHAN:



750 mls santan



200 gm gula merah



2 kuning telur



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



CARA:



Pukul kuning telur sikit dengan garfu.



Masuk semua bahan dalam periuk ,masak hingga mendidih.Tapis kan dan boleh lah dituang perlahan2 keatas lapis bawah tadi.seeloknya,lapis bawah dah keras sikit.sejukkan ,dan bolehlah dimasukkan dalam peti sejuk.


Loyang yang digunakan ialah 10x10x1 inci.(Untuk jualan-senang nak potong)Kalau untuk dimakan sendiri loyang saiz pe pun boleh.
Selamat mencuba...