Jumaat, 30 April 2010

BINGKA UBI KAYU

Kalau balik kampung,banyak la bekalan dibagi sedara mara..macam kamoung saya kat utara tu selalu la dapat buah mempelam,pucuk ubi,belacan ,ikan jering dan ubi kayu jugak...selalu ubi kayu direbus je,makan ngan kelapa parut dan kopi panas...kena pulak hari ujan...peh..sedap nya...tapi kalau ubi kayu banyak dan rajin pulak parut la ubi tu buat bingka atau orang utara kata bengkang....
Sekarang ni saya parut ubi kayu pakai mesin pemarut kelapa..senang dan kejap je dah siap..ubi tu jangan dipotong,biar panjang2..cuma kupas kulit dan bersihkan...pegang kat ujung ubi tu dan ujung satu lagi kat pemarut kelapa...ha...cepat je siap...he....apa lagi makan bingka la ubi la kita...

Jom masak ngan mama...

BINGKA UBI KAYU

BAHAN:
1,800 gm ubi kayu yang sudah diparut-ubi warna kuning lebeh sedap
900ml santan dari sebiji kelapa
450gm gula pasir
50 gm susu tepung
80gm marjerin
1 sudu makan garam
sedikit pewarna kuning

CARA:
Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali,kacau lah hingga pekat sikit dengan api sederhana.Tuang dalam tray atau loyang yang disapu minyak dan dilapik daun pisang.
Bakar selama 50-60 minit atau hingga kekuningan.
Loyang 10x10x3
Ubi dah diparut letak dalam penapis,dan biar air nya keluar sedikit..boleh tekan2 dengan senduk.
Nanti masukkan gambo.

Rabu, 28 April 2010

KERABU MANGGA MAMA


Salam ...hari ni ada kawan dari Melaka mintak resipi kerabu mempelam atau mangga...
terliur tengok gambo kerabu mangga kat Perlis ....Kerabu mangga ni ada pelbagai....ada yang carik2 sotong kering bergula dan digaul bersama...ada yang masukkan kicap sotong atau kicap ikan sedikit...kalau yang simple tu boleh la diletakkan kat sini...cuba lah....jommasak ngan mama...

KERABU MANGGA MAMA

BAHAN:

2 bij iMangga muda atau yang hampir masak tapi maseh keras dicincang halus atau yang ada pemarut nya boleh lah digunakan.

Sedikit udang kering ,dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak-tumbuk kasar

sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak-ditumbuk kasar

sedikit cili api -ditumbuk kasar

1/2 biji limau nipis ambil air nya

1 bawang besar dipotong nipis.

gula -ikut rasa

garam-ikut rasa

2 batang serai -dihiris nipis (jika suka)

1 sudu kicap sotong-(jika suka)

CARA:
Gaul semua bahan diatas,boleh lah dihidangkan.
*Semua jenis mangga boleh digunakan.

Sabtu, 24 April 2010

KUE KOSUI

KUE kOSUI MAMA

Lama nya tak update blog...
Bz selalu..dengan keja ,kursus dan lain2....
tak pe,kali ni kita buat kue yang nampak macam senang je tapi kalau sukatan bahan tak betul,kue ni jadi keras dan tak sedap...
jommasak ngan mama ..kue kosui...

KUE KOSUI

BAHAN:


400 gm Gula merah
100gm Gula putih
300ml Air paip

Bahan diatas dimasak hingga gula hancur dan mendidih..tapiskan dan campur dengan air hingga jadi 1,800 ml.
300Tepung gandum
100 Tepung ubi
Sedikir air kapur (MASUKKAN SEDIKIT AIR DALAM BEKAS KAPUR SIREH,KACAU2 DAN BILA AIR TU DAH JERNIH BARU GUNAKAN)

Campur semua bahan diatas dan dikacau rata.Sementara tu panaskan kukusan.
(saya suka blender semua bahan diatas ,tapis)
Selepas ditapis kedalam kuali atau periuk ,kacau la atas api hingga pekat sedikit dan tuang dalam tray atau loyang..kukus la 30 minit,angkat dan sejukkan baru dipotong dan digaul dengan kelapa yang di campur garam sedikit.
Loyang yang sesuai ialah 10x10x3