Jumaat, 21 Mei 2010

Puding Cendul

Ni...puding cendul dalam tray,belum diterbalikkan lagi...





Salam...untuk yang mintak resipi Puding Cendul ni mama catatkan resipi nya..kalau kat Ipoh satu tray tu mama jual rm20 je.....potong 8x8 dapat 64 ketul saiz kita makan kat hotel...jom masak ngan mama..



PUDING CENDUL






LAPIS BAWAH



BAHAN:



750 mls santan



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



150 gm gula kaster



1 sudu kecil garam



1 bungkus cendul,tos kan air nya-ambik isi saja






CARA:



Masak semua bahan diatas hingga mendidih ..masukkan cendul,kacau2 sikit dan tuang kan kedalam loyang.






LAPIS ATAS



BAHAN:



750 mls santan



200 gm gula merah



2 kuning telur



1 1/2 sudu makan serbuk agar2



CARA:



Pukul kuning telur sikit dengan garfu.



Masuk semua bahan dalam periuk ,masak hingga mendidih.Tapis kan dan boleh lah dituang perlahan2 keatas lapis bawah tadi.seeloknya,lapis bawah dah keras sikit.sejukkan ,dan bolehlah dimasukkan dalam peti sejuk.


Loyang yang digunakan ialah 10x10x1 inci.(Untuk jualan-senang nak potong)Kalau untuk dimakan sendiri loyang saiz pe pun boleh.
Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan