Isnin, 17 September 2012

Ikan kukus simple

 Yang manis nya ikan ni hasil tangkapan sendiri...menjala diTeluk Senangin...


Lama sungguh tak catat
apa2 menu dan resipi diblog ni...walau pun selalu la masuk studio dan memasak..tapi kemalasan nak ambik gambo dan nak upload gambo mengatasi segala nya.......cuti hari Malaysia memasak ikan kukus paling simple..bila2 pun boleh buat.......

Bahan ikan kukus simple:

1 eko ikan..ikan yang sesuai untuk dikukus la....
bawang besar,
bawang putih
halia..semua bahan ni dihiris
daun ketumbar

sos ikan
garam
kicap cair-jika suka
Cara:
bersihkan ikan
lumur garam dan sumbat2kan dan tabur bahan hiris tadi..dan renjis2kan kicap cair dan sos ikan.kukus la 15-20 minit atau hingga ikan masak.

Rabu, 9 Mei 2012

Mee rebus udang kering...

 
Lama tak masak mee rebus.....dulu masa keja di Batu Gajah..selalu la berjualan ngan kawan2 mee rebus ni....kalau ada ubi keledek boleh la dibuat kuah atau ada jugak yang gunakan ubi kentang...kalau nak makan mee rebus ni perah sikit limau..tabur bawang goreng banyak2..mak ai..i..sedap nya...jom masak ngan mama....Bahan untuk mee biasa la ..mesti ada mee kuning...dicelur air panas...tauge,telur rebus,kentang direbus...kalau rajin boleh buat cucur tepung...cili merah,daun sup dan bawang goreng serta limau kasturi...bahan untuk kuah pulak:  BEBERAPA KETUL UBI KELEDEK DIPOTONG KECIL DAN DIREBUS,BLENDER DENGAN AIR.
SETENGAH CAWAN UDANG KERING GORENG TANPA MINYAK BLENDER HALUS.BLENDER PULAK 2 BAWANG BESAR DAN 2 ULAS BAWANG PUTIH... 1SENDUK CILI KERING BLENDER.
  CARA: PANASKAN SEDIKIT MINYAK,TUMIS BAWANG BLANDER TADI,KACAU2 HINGGA WANGI,MASUK KAN CILI BLENDER,KACAU DAN MASUKKAN CILI KERING BLENDER..AKHIR SEKALI MASUKKAN UBI KLEDEK YANG SUDAH DIBLENDER TADI...MASAK LA HINGGA MENDIDIH..KEPEKATAN KUAH IKUT LA MASING2 SELERA...TAMBAH GARAM DAN SEDIKIT GULA....IKUT CITARASA MASING2...MEE REBUS NI ADALAH RESIPI  SAYA DAN TERNTU LA BERBEZA DENGAN RESIPI ORANG LAIN YANG ADA BUBUH KACANG...BUBUH BISKUT MARIE DAN LAIN2...... 
Posted by Picasa

Rabu, 11 April 2012

Air strawberi lagi......

Kadang2 ada kawan yang balik dari Cameron Highlands bagi strawberi...atau kita sendiri yang pegi sana beli buah cantik dan menarik ni kan...tapi kadang2 terkena yang masam memang berkerut dahi menelan nya....apa kata buah strawberi ni kita jadikan minuman berkhasiat dan lazat...tak susah ....cuma blender je buah strawberi tu dengan yogurt dan campur gula sikit,serta air sejuk sikit.... ..kalau suka blend juga ais batu bersama.......memang sedap....kena pulak hari panas.......memang tak cukup segelas....air strawberi ni dibuat ahad lepas.....kirim jiran beli kat Cameron Highlands....kat Ipoh kalau nak beli strawberi yang besar2 dan segar pegi je kat AEON...yang baru dibuka tu...apa buah pun ada...Avakado..delima...peach..apricot...semua ada ..segar2 dari luar negara....jom kita buat air strawberi...Posted by Picasa

Sabtu, 7 April 2012

Talam sagu traffig light

Ni dia sagu traffig light ...



Potong nipis2 dan gaulkan ngan kelapa parut.....
Dah gaul ngan kelapa parut boleh lah dihidangkan...sedap tau sagu kukus ni .....


Masa hari keluarga hari tu buat kueh ni untuk dijual digerai kami..tapi orang katering tu borong habis untuk dihidangkan kat meja VIP...jadi tak dapat dijual untuk kawan2 dan pengunjung gerai..tak pe la..nanti buat lagi ya....


SAGU KUKUS TRAFFIG LIGHT

BAHAN
350 gm sagu biji direndam 5 minit dan toskan
250 gm gula halus atau gula kaster
100 gm kelapa parut putih sahaja
100ml santan
pewarna merah

Campur semua bahan ,gaul rata dan tuang dalam loyang..kukus 20 minit ..tuang pula lapisan kedua..kukus lapisan kedua 20 minit dan tuang lapisan ketiga dan terus kukus 20 minit lagi baru diangkat dan disejukkan...
lapis kedua bahan nya sama cuma bubuh pewarna hijau..lapis ketiga campurkan pewarna kuning....sukatan bahan sama ya..jadi semua bahan mesti ada 1 kg sagu...750 gm gula....300 gm kelapa parut,300ml santan dan 3 pewarna berlainan...loyang yang digunakan ialah 10x10x3 inci..disapu minyak dan dilapik plastik untuk memudahkan masa nak keluarkan kueh nanti.......Posted by Picasa

Sabtu, 11 Februari 2012

Kenangan kelas memasak..

Sempat posing...kat rumah saya masa kelas memasak...

Puding keladi....



Waktu tapau hasil masakan untuk dibawa pulang...



Talam keladi.....masa ni pakai kamera lama...kaler pun tak cantik sanagt...



Lama nya tak buat kelas memasak ...masa tak mengizinkan walau ramai kawan2 yang dah bertanya dan memintak saya buat kelas masakan balik..Insya ALLAH,ada masa nanti kita memasak balik ya..ramai2 sambil mengeratkan silatulrahim....
ni saja tempek gambo2 kenangan kelas memasak bersama staf kat ward orthopedik Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh..masa ni belajar buat Talam Keladi ,puding keladi dan Seri muka....lama dah tak jumpa staf saya ni..masing2 sibuk ngan tugas.....rindu kat semua..klau keja kat hospital dulu memang seronok dan ceria dengan diaorang yang walau pun sibuk tapi masih sempat membawak bekalan keward dan makan ramai2....hu..hu..hu..ward orthopedik paling sibuk...ialah yang masuk semua yang patah2 akibat kemalangan jalan raya....semua dah tinggal kenangan...
Posted by Picasa

Pelbagai Tomato








Saje nak tempek gambo2 pelbagai bentuk tomato yang saya jumpa masa berada diParis hari tu...gambo2 dirakam berhampiran pasar pagi dekat2 ngan Eiffeil Tower...unik dan cantik kan??
Posted by Picasa

Selasa, 7 Februari 2012

Tom Yam Ringkas.



Kalau yang suka tomyam....ini lah masakan paling senang dan cepat untuk dimasak...ada kawan rasa susahati bila nak masak tomyam sebab takde perencah nya...saya masak tomyam memang tak letak perencah,sebab perencah tomyam banyak yang datang dari THAILAND,tapi kena hati2 jugak ya.....walau pun ada cap halal....jom masakngan mama.....

Tom yam ringkas


BAHAN;
Udang -beberapa eko yang sederhana besar
cili padi ikut tahap kepedasan-saya letak 10 biji diketuk
3 batang serai -diketuk
2 biji tomato dipotomg dadu
2 biji limau nipis diambik air nya
2 biji bawang besar dipotong
semua bahan diatas masukkan dalam periuk dan didihkan dengan air (air ikut masing2)saya letak 3 gelas air
Bila mendidih,masuk lah sayuran yang disukai...karet...cendawan..kobis atau apa2 sayur ya...
tambah lah garam,gula dan akhir sekali masukkan daun limau purut serta daun ketumbar (jika suka)Posted by PicasaUdang boleh digantikan dengan sotong,daging,isi ayam atau ketam..ini lah resipi tomyam yang tak perlu gunakan pes tomyam....senang dan cepat je nak siapkan....