Rabu, 28 April 2010

KERABU MANGGA MAMA


Salam ...hari ni ada kawan dari Melaka mintak resipi kerabu mempelam atau mangga...
terliur tengok gambo kerabu mangga kat Perlis ....Kerabu mangga ni ada pelbagai....ada yang carik2 sotong kering bergula dan digaul bersama...ada yang masukkan kicap sotong atau kicap ikan sedikit...kalau yang simple tu boleh la diletakkan kat sini...cuba lah....jommasak ngan mama...

KERABU MANGGA MAMA

BAHAN:

2 bij iMangga muda atau yang hampir masak tapi maseh keras dicincang halus atau yang ada pemarut nya boleh lah digunakan.

Sedikit udang kering ,dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak-tumbuk kasar

sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak-ditumbuk kasar

sedikit cili api -ditumbuk kasar

1/2 biji limau nipis ambil air nya

1 bawang besar dipotong nipis.

gula -ikut rasa

garam-ikut rasa

2 batang serai -dihiris nipis (jika suka)

1 sudu kicap sotong-(jika suka)

CARA:
Gaul semua bahan diatas,boleh lah dihidangkan.
*Semua jenis mangga boleh digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan