Sempat posing...kat rumah saya masa kelas memasak...
Puding keladi....
Waktu tapau hasil masakan untuk dibawa pulang...
Talam keladi.....masa ni pakai kamera lama...kaler pun tak cantik sanagt...
Lama nya tak buat kelas memasak ...masa tak mengizinkan walau ramai kawan2 yang dah bertanya dan memintak saya buat kelas masakan balik..Insya ALLAH,ada masa nanti kita memasak balik ya..ramai2 sambil mengeratkan silatulrahim....
ni saja tempek gambo2 kenangan kelas memasak bersama staf kat ward orthopedik Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh..masa ni belajar buat Talam Keladi ,puding keladi dan Seri muka....lama dah tak jumpa staf saya ni..masing2 sibuk ngan tugas.....rindu kat semua..klau keja kat hospital dulu memang seronok dan ceria dengan diaorang yang walau pun sibuk tapi masih sempat membawak bekalan keward dan makan ramai2....hu..hu..hu..ward orthopedik paling sibuk...ialah yang masuk semua yang patah2 akibat kemalangan jalan raya....semua dah tinggal kenangan...
Sabtu, 11 Februari 2012
Pelbagai Tomato
Saje nak tempek gambo2 pelbagai bentuk tomato yang saya jumpa masa berada diParis hari tu...gambo2 dirakam berhampiran pasar pagi dekat2 ngan Eiffeil Tower...unik dan cantik kan??
Selasa, 7 Februari 2012
Tom Yam Ringkas.
Kalau yang suka tomyam....ini lah masakan paling senang dan cepat untuk dimasak...ada kawan rasa susahati bila nak masak tomyam sebab takde perencah nya...saya masak tomyam memang tak letak perencah,sebab perencah tomyam banyak yang datang dari THAILAND,tapi kena hati2 jugak ya.....walau pun ada cap halal....jom masakngan mama.....
Tom yam ringkas
BAHAN;
Udang -beberapa eko yang sederhana besar
cili padi ikut tahap kepedasan-saya letak 10 biji diketuk
3 batang serai -diketuk
2 biji tomato dipotomg dadu
2 biji limau nipis diambik air nya
2 biji bawang besar dipotong
semua bahan diatas masukkan dalam periuk dan didihkan dengan air (air ikut masing2)saya letak 3 gelas air
Bila mendidih,masuk lah sayuran yang disukai...karet...cendawan..kobis atau apa2 sayur ya...
Dicatat oleh
RINDU MAMA...semasa ada dihargai,setelah tiada jangan ditangisi
di
11:40 PTG
Tiada ulasan:
Label:
Lauk pauk
Langgan:
Catatan (Atom)