Isnin, 17 September 2012

Ikan kukus simple

 Yang manis nya ikan ni hasil tangkapan sendiri...menjala diTeluk Senangin...


Lama sungguh tak catat
apa2 menu dan resipi diblog ni...walau pun selalu la masuk studio dan memasak..tapi kemalasan nak ambik gambo dan nak upload gambo mengatasi segala nya.......cuti hari Malaysia memasak ikan kukus paling simple..bila2 pun boleh buat.......

Bahan ikan kukus simple:

1 eko ikan..ikan yang sesuai untuk dikukus la....
bawang besar,
bawang putih
halia..semua bahan ni dihiris
daun ketumbar

sos ikan
garam
kicap cair-jika suka
Cara:
bersihkan ikan
lumur garam dan sumbat2kan dan tabur bahan hiris tadi..dan renjis2kan kicap cair dan sos ikan.kukus la 15-20 minit atau hingga ikan masak.